Cuci tangki air di Kluang
Air keruh, berbau atau ada keladak? Kami kosongkan, buang mendapan dan bersihkan tangki anda, kemudian semak injap pelampung dan sambungan sebelum isi semula.
Tanda tangki anda dah tiba masa dicuci
- Air paip keruh, kekuningan atau berbau
- Ada pasir atau keladak keluar dari paip atau shower
- Tangki dah 2 hingga 3 tahun tak dicuci
- Selepas gangguan bekalan air atau kerja paip utama di kawasan anda
- Baru pindah masuk rumah, dan tak tahu bila kali terakhir tangki dicuci
Langkah kerja cuci tangki
Kosongkan tangki
Tutup bekalan masuk dan kosongkan air dalam tangki dengan selamat.
Buang mendapan dan bersihkan
Keluarkan keladak di dasar, gosok dinding dalam tangki dan bilas sehingga bersih.
Semak dan isi semula
Semak injap pelampung dan sambungan tangki, kemudian isi semula dan uji aliran air.
Kalau bola pelampung atau sambungan rosak, kami beritahu harga dulu. Barang hanya ditukar selepas anda setuju.
Harga cuci tangki ikut saiz
Tambah RM40 setiap 50 liter. Caj pengangkutan RM30 (bandar Kluang) atau RM50 (luar bandar Kluang). Tukar bola pelampung RM180, hanya jika perlu dan selepas anda setuju.
Soalan tentang cuci tangki
Tak tahu saiz tangki saya. Boleh tanya juga?
Boleh. Beri nama taman dan jenis rumah, atau hantar gambar tangki kalau senang. Kami beritahu harga sebelum datang. Kalau ambil pakej, harga sama untuk semua saiz tangki.
Berapa kerap tangki perlu dicuci?
Biasanya setiap 2 hingga 3 tahun, atau lebih awal kalau air nampak keruh atau ada keladak.
Ada caj datang tengok?
Datang tengok sahaja percuma dalam bandar Kluang, dan RM30 untuk luar bandar Kluang. Tanya dan hantar gambar melalui WhatsApp juga percuma.
Bila perlu bayar?
Bayar RM50 untuk booking slot. Kerja RM400 ke atas: deposit 50% dibayar sehari sebelum tarikh kerja, dan RM50 booking dikira sebahagian daripada deposit. Baki dibayar selepas kerja siap. Boleh bayar tunai, pindahan bank atau DuitNow QR.
Nak cuci tangki minggu ni?
WhatsApp nama taman dan saiz tangki anda. Kami balas dengan harga tetap dan slot yang ada.
WhatsApp PS Plumber